1 DARIPADA 4 ORANG
PENGHIDAP DIABETES
AKAN MENGALAMI
ULSER KAKI DIABETIK1

Diabetis

1 daripada 11 orang dewasa menghidap diabetis2

Diabetis adalah penyakit kronik yang terjadi apabila pancreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak boleh menggunakan insulin secara efektif. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Hormon ini akan membolehkan tisu badan menyerap glukos daripada darah supaya dapat ditukarkan kepada tenaga.

Jika tubuh menghasilkan insulin yang tidak mencukupi ataupun tidak dapat menggunakannya secara efektif, kadar gula didalam darah akan meningkat.

Terdapat 2 jenis penyakit diabetis yang utama:
JENIS 1

Jenis 1 boleh berlaku pada usia dewasa tetapi lebih kerap berlaku pada usia kanak-kanak. Jika anda menghidap penyakit diabetis jenis 1, tubuh anda tidak dapat menghasilkan insulin ataupun hanya menghasilkan insulin yang terlalu sedikit. Ini bermakna anda memerlukan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula di dalam darah.

JENIS 2

Jenis 2 Terjadi kepada golongan yang lebih berusia dan merangkumi 90% daripada keseluruhan kes diabetis. Jika anda menghidap penyakit diabetis jenis 2, tubuh anda tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara efektif. Cara untuk mengawal diabetis jenis ini adalah dengan menjalani cara yang hidup sihat dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengamalkan diet yang sihat. Walaubagaimanapun,lama kelamaan pesakit diabetis jenis 2 akan memerlukan ubat oral ataupun suntikan insulin yang perlu diambil secara berkala bagi mengawal kadar gula di dalam darah.

  • Terdapat juga beberapa jenis diabetis yang lain seperti gestasi diabetis dan terjadi hanya semasa kehamilan dan akan sembuh selepas proses kelahiran.
  • Terdapat juga jenis diabetis lain yang jarang-jarang berlaku.

Kadar gula yang tinggi di dalam darah lama-kelamman akan menyebabkan kerosakan tisu dan organ badan.

Pesakit diabetis mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerosakan jantung, ginjal, mata dan saraf. Selain itu pesakit diabetes juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman. Di negara-negara maju, diabetis adalah penyebab utama penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan amputasi anggota tubuh.

KOMPLIKASI KAKI DIABETIK

Ulser diabetik adalah salah satu komplikasi diabetis yang teruk.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ulser kaki diabetic dan kadar sembuh yang perlahan:

Kehilangan deria rasa pada Kaki

Kehilangan deria rasa pesakit diabetis adalah disebabkan oleh kerosakan sistem saraf akibat kadar gula yang tinggi didalam darah. Kerosakan saraf periperi adalah satu bentuk kerosakan yang paling kerap dan jika kecederaan berlaku, ia akan berterusan kepada pembentukan ulser kaki.

Pesakit yang kehilangan deria rasa pada kaki boleh mengalami kecederaan tanpa menyedarinya.

Deformiti kaki

Untuk pesakit diabetis, risiko untuk mendapat deformity kaki sentias ada. Kerosakan kepada system saraf akan menyebabkan kelemahan otot-otot kaki yang seterusnya akan mengubah bentuk kaki. Ini akan menghasilkan titik tekanan abnormal pada tulang dan seterusnya menyebabkan pembentukan ulser.Contoh deformiti kaki yang paling kerap adalah hammer toe, hallux valgus dan claw toe.

Peyakit Salur Darah Periperi

Didefinasikan sebagai penyempitan salur darah di kaki yang menyebabkan kekurangan aliran darah kepada otot. Ini disebabkan oleh plak kolesterol yang menyebabkan dinding salur darah mrnjadi keras seterusnya menyempitkan saluran darah. Kadar gula yang tinggi di dalam darah dalam tempoh masa yang Panjang juga akan menyebabkan kerosakan kepada salur darah.

Ini seterusnya akan merencatkan pengaliran oksigen yang dipanggil iskhemia kepada kawasan tubuh tersebut.

Sejarah ulserasi kaki atau amputasi sebelumnya

Pesakit yang mempunyai sejarah ulser ataupun amputasi kaki, mempunyai 40% untuk mendapat Kembali ulser dalam tempoh setahun dan 65% dalam tempoh 3 tahun.3

“Jadi,adalah lebih baik untuk beranggapan pesakit yang telah sembuh sepenuhnya hanya dalam fasa pengecualian berbanding fasa penyembuhan”

3. Armstrong DG, Boulton AJM, Bus SA. Diabetic Foot Ulcers and Their Recurrence. N Engl J Med. 2017 Jun 15;376(24):2367-2375
Faktor-faktor ini boleh menyebabkan pelbagai jenis ulser kaki.

KEBERKESANAN KAKI DIABETIK

Beberapatokoh

1 daripada 4
pesakit 1

1 daripada 4
pesakit 1
diabetis berisiko untuk mengalami ulser kaki

dalam setiap
20 saat 4

dalam setiap
20 saat 4
diabetis menyebabkan amputasi kaki

70% pesakit dengan
amputasi kaki5

70% pesakit dengan
amputasi kaki5
tidak hidup lebih dari 5 tahun

PENYAKIT KAKI DIABETIK BOLEH MENGANCAM NYAWA

Disebabkan kaki diabetic, pesakit diabetes mempunyai 15 kaki kebrangkalian untuk mengalami amputasi anggota badan berbanding orang lain.
Diabetis adalah penyebab utama amputasi di seluruh dunia.Kehidupan pesakit selepas amputasi akan terjejas secara fizikal , emosi dan fungsi sosial. 70% akan mati dalam tempoh 5 tahun. Kehidupan pesakit selepas amputasi akan terjejas secara fizikal , emosi dan fungsi sosial. 70% akan mati dalam tempoh 5 tahun.

1. Setacci C, de Donato G, Setacci F, Chisci E. Diabetic patients: epidemiology and global impact. J Cardiovasc Surg (Torino). 2009 Jul, 50(3) : 263-73

2. International Diabetes Federation Atlas – 9th edition 2019

3. Armstrong DG, Boulton AJM, Bus SA. Diabetic Foot Ulcers and Their Recurrence. N Engl J Med. 2017 Jun 15;376(24):2367-2375.

4. Whiting, D. R., Guariguata, L., Weil, C., and Shaw, J. 2011. “IDF Diabetes Atlas: Global Estimates of the Prevalence of Diabetes for 2011 and 2030.” Diabetes Res. Clin. Pract. 94 (3): 311-21.

Kajian klinikal telah menunjukkan ulser kaki diabetik boleh dielakkan dan dirawat dengan pencegahan dan pengesan awal. Pesakit yang mempunyai risiko yang tinggi dirujuk kepada pakar rawatan penyakit kaki diabetik.