SETIAP SAAT
ADALAH
BERHARGA

TANDA-TANDA AMARAN

Segera berjumpa doktor jika terdapat perubahan yang tidak normal semasa melakukan pemeriksaan kaki seperti:

  • Ulcer
  • Luka
  • Lepuh
  • Sakit
  • Bengkak
  • Kemerah-merahan pada kulit

Jika terdapat luka atau lepuh, ia adalah kunci kepada tindakan awal bagi mencegah komplikasi yang lebih serius dan potensi untuk amputasi kaki.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN JIKA ANDA MENGALAMI MASALAHm

JIka anda mengalami masalah, adalah sangat penting untuk:

  • Mengurangkan tekanan kepada kaki
  • Hubungi doktor atau jururawat anda dengan segera
  • Lawati klinik terdekat jika doktor atau jururawat anda tidak dapat dihubungi

Adalah sangat penting untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk walaupun saiznya hanya kecil. Luka yang teruk akan menyebabkan amputasi kaki.

Perkara paling penting untuk diingati adalah mengurangkan tekanan pada kaki.

Faktor terpenting adalah menutup luka tersebut bagi mengelakkan komplikasi seperti jangkitan kuman yang akan meningkatkan risiko untuk amputasi. Adalah penting luka anda dijaga oleh orang pakar dalam penjagaan luka.

APA YANG PAKAR AKAN LAKUKAN

Mereka akan menentukan taraf risiko anda jika anda tidak mengetahuinya lagi. Bersama-sama anda akan merancang kaedah rawatan yang meliputi rawatan, pemakaian kasut yang sesuai dan cara penjagaan kaki yang sesuai.
Anda akan berjumpa pakar secara kerap bagi memastikan luka anda sembuh dengan pantas. Temujanji ini adalah berkadar langsung dengan temujanji berjadual untuk diabetis anda. Dengan cara ini anda akan mendapat penjagaan kaki professional bagi memastikan kaki anda sentiasa sihat.

SETIAP LANGKAH
ADALAH PENTING

LEBIH CEPAT ANDA
BERTINDAK LEBIH BAIK