Banyak

kes ulser kaki diabetes…1

Shingga85%

kadar amputasi kaki boleh DICEGAH…2

...dapat dielakkan

1. Boulton AJM. The diabetic foot. Diabet Med 2006;34:87-90

2. International Diabetes Federation Atlas – 9th edition 2019: page 89.

TERDAPAT 4 LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH ANDA AMBIL

Kawalan Gula

Mengekalkan kadar gula dalam julat normsl sepanjang hari adalah Langkah pertama untuk mrncegah ulser kaki diabetis. Kawalan gula yang baik akan membantu mengelakkan kerosakan kaki yang lebih teruk.

Pemeriksaan kaki

Periksa kaki anda setiap hari untuk luka. Jika terdapat perubahan pada kaki anda hendaklah segera mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan pakar. Jika anda mempunyai masalah untuk mengangkat kaki anda, gunakan cermin untuk membuat pmeriksaan kaki terutamanya di bahagian tapak kaki. Jika ini juga sukar anda boleh mendapatkan bantuan orng lain untuk melakukan pemeriksaan kaki bagi pihak anda.

ADAKAH ANDA TAHU?

Semua pesakit diabetes seharusnya menjalani pemeriksaan kaki setahun sekali di klinik-klinik berdekatan.

Penjagaan kaki

Membasuh kaki dengan air suam dan mengeringkannya dengan betul. Jangan lupa juga untuk keringkan celahan jari kaki. Gunakan pelembab bagi mengekalkan kelembutan kulit. Walaupun begitu penggunaan pelembab di antara celahan jari adalah tidak digalakan bagi mengelakkan Kawasan tersebut menjadi terlalu lembab.

Pemakaian kasut yang sesuai

  • Gunakan kasut yang sesuai untuk menyokong kaki anda supaya kaki dapat bernafas. Elakkan kasut yang terlau kecil ataupun sempit di bahagian hujungnya. Jika kasut terlalu sempit atau longgar pastikan nada tidak menggunakannya walaupun ia kelihatan cantik.
  • Elakkan berjalan tanpa kasut.
  • Elakkan penggunaan stoking yang terlalu ketat.
  • Buat pemeriksaan pada kasut, stoking sebelum penggunaan bagi mengelakkan kecederaan pada kulit.

BAGAIMANA UNTUK MENGENALPASTI KEHILANGAN SENSASI?

Peringatan: Jika anda ternampak perubahan pada kaki anda,

SETIAP SAAT ADALAH BERHARGA KERANA MENGHIDAP DIABETIS

1. Boulton AJM. The diabetic foot. Diabet Med 2006;34:87-90

2. International Diabetes Federation Atlas – 9th edition 2019: page 89.

3. IWGDF Practical Guidelines – The IWGDF Risk Stratification System and corresponding foot screening frequency – 2019: page 7.